2023

 
Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 2023. Bagi kegunaan lain, sila lihat 2023 (nombor).


Milenium: milenium ke-3
Abad:
  • abad ke-20
  • abad ke-21
  • abad ke-22
Dekad:
  • 2000-an
  • 2010-an
  • 2020-an
  • 2030-an
  • 2040-an
Tahun:
  • 2020
  • 2021
  • 2022
  • 2023
  • 2024
  • 2025
  • 2026

2023 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Ahad dalam kalendar Gregory.


Peristiwa

  • Sambutan hari kemerdekaan ke–66.
  • Sambutan hari Malaysia ke–60.
  • Kembara Kenali Borneo yang dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, pada 3 hingga 13 September 2023.
  • Kejohanan berbasikal Petronas Le Tour de Langkawi 2023, yang sedang berlangsung dari 23 September hingga 30 September 2023.
  • Kejohanan berprestij Sukan Asia Hangzhou 2022, yang sedang berlangsung dari 23 September hingga 8 Oktober 2023 di Hangzhou, Wilayah Zhejiang, China.
  • Sarawak buat julung kalinya menganjurkan konsert muzik bertaraf antarabangsa, Borneo Sonic Music Festival 2023 (BSMF 2023), yang berlangsung pada 6 & 7 Oktober 2023 di Stadium Sarawak, Kuching, Sarawak. [1]
  • Kerajaan Palestin melancarkan peperangan terbesar ke atas Israel, pada 7 Oktober 2023. Ia juga dikenali sebagai Operasi Banjir Al-Aqsa. [2]
  • Proton secara rasmi melancarkan model kenderaan baharunya, Proton S70, pada 1 November 2023. [3]

Peristiwa yang diramalkan dan dijadualkan

  • Pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Pulai dan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
  • Pilihan raya kecil (PRK) DUN Pelangai, pada 7 Oktober 2023.
  • Pilihan raya kecil (PRK) DUN Jepak, pada 4 November 2023.
  • Pelaksanaan menyeluruh projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak kini hampir siap sepenuhnya, sebelum projek mega ini ditamatkan pelaksanaannya pada bulan Januari 2024.
  • Projek tenaga karbon bakal dilaksanakan secara menyeluruh di negeri Sarawak.
  • Bermulanya projek asas pelaksanaan trem pintar Autonomous Rail Transit (ART) Sarawak di sekitar bandaraya Kuching, Sarawak. Projek pelaksanaan ART ini dimulakan dengan tempoh percubaan pemanduan trem pintar ART selama 3 bulan, sehingga akhir November 2023, sebelum ianya dilaksanakan secara menyeluruh pada bulan Januari 2025.
  • Pembentangan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) 2023.
  • Pembentangan Belanjawan Malaysia Madani 2024 di Parlimen, pada 13 Oktober 2023.

Kematian

  • 10 Mac 2023 – Kematian seorang penyanyi berasal dari Peru, José Abelardo Gutiérrez Alanya atau dikenali sebagai Tongo, meninggal dunia pada usia 65 tahun akibat kegagalan buah pinggang yang rumit oleh diabetes.
  • 17 Ogos 2023 – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun, disahkan meninggal dunia dalam nahas pesawat di kawasan Elmina, Shah Alam. Beliau adalah antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas berkenaan.
  • 15 September 2023 – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Talib Zulpilip, menghembuskan nafas terakhirnya ekoran masalah komplikasi buah pinggang, setelah dimasukkan ke pusat perubatan sehari sebelumnya. Beliau adalah penyandang kerusi DUN Jepak di bawah Parlimen Bintulu selama enam penggal sejak 1996.

Rujukan

  1. ^ https://www.borneosonic.com/
  2. ^ https://www.bharian.com.my/amp/dunia/asia/2023/10/1161865/hamas-lancar-serangan-balas-terbesar-bedil-5000-roket-ke-atas-israel
  3. ^ https://paultan.org/2023/11/01/proton-s70-sedan-production-started-bookings-now-open/