Bola sepak lelaki di Sukan Asia Tenggara 2019 akan diadakan di Filipina pada 26 November hingga 10 Disember 2019. Dalam kejohanan ini, semua 11 pasukan Asia Tenggara akan bermain dalam kejohanan lelaki.
Persatuan yang bergabung dengan FIFA mungkin menghantar pasukan untuk menyertai kejohanan. Pasukan lelaki dihadkan kepada pemain bawah 22 tahun (dilahirkan pada atau selepas 1 Januari 1997).
Jadual Kejohanan
Berikut adalah jadual persaingan untuk kejohanan bola sepak:[1]
Perlawanan akan dimainkan di tiga tempat. Stadium Memorial Rizal di Manila yang telah diubah suai[2]akan menjadi tempat utama, sementara beberapa perlawanan akan diadakan di Stadium Bola Sepak Biñan di Biñan, Laguna[3] dan di Imus, Cavite.[1]
Cabutan itu sepatutnya berlaku pada 3 Oktober 2019 tetapi kemudian dijadualkan semula sehingga 15 Oktober untuk alasan yang tidak diketahui.[4][5] Empat balang akan digunakan untuk cabutan dengan pasukan yang dipilih mengikut prestasi sebelum ini di Sukan Asia Tenggara 2017. Juara bertahan Thailand dan tuan rumah Filipina yang diletakkan sebagai pilihan dalam Balang 1.[6]
Persekutuan Bola Sepak Vietnam memfailkan aduan mengenai pengagihan pasukan kebangsaan Vietnam ke dalam Balang 4 untuk kejohanan bola sepak lelaki mempersoalkan bagaimana pasukan kebangsaan mereka yang mengumpul 10 mata dalam peringkat kumpulan pada edisi 2017 itu lebih tinggi berbanding dua pasukan yang mengutip mata kurang diagihkan di Balang 3 (Myanmar dengan 9 mata dan Singapura dengan 6 mata).[7] Vietnam kemudian dinaikkan kepada Balang 3 dan Singapura diturunkan ke Balang 4.[8]
Kejohanan lelaki adalah kejohanan antarabangsa pemain bawah-22 (dilahirkan pada atau selepas 1 Januari 1997), dengan maksimum tiga pemain lebihan dibenarkan,[9] Setiap skuad negara peserta akan terdiri daripada maksimum 20 pemain.[4] sementara tiada sekatan umur pada pasukan wanita.
Peringkat Kumpulan
Dua pasukan teratas setiap kumpulan mara ke separuh akhir.
^Venue perlawanan ditukar ke Stadium Bola Sepak Binan dari Stadium Bola Sepak dan Olahraga di Imus.[10]
Rujukan
^ ab"SEA Games 2019 - Men's Football Fixtures". Twitter. ASEAN Football Federation. Dicapai pada 2 November 2019.
^"2019 SEA Games: Rizal Memorial Stadium renovations in full swing". Rappler. 3 January 2019. Dicapai pada 4 January 2019.
^Saldajeno, Ivan Stewart (4 October 2019). "Biñan Football Stadium preparations for SEAG in full swing". Philippine News Agency. Dicapai pada 8 October 2019.
^ ab"SEA Games 30: drawing of lots slated for October". Vietnam Plus. Vietnam News Agency. 25 July 2019. Dicapai pada 26 July 2019.
^"NOTIFICATION: The organizers of SEA Games decided to delay the draw for men and women football games from October 3 to October 15. Today, the Philippines has sent this notice to the Olympic Committees of countries in Southeast Asia". ASEAN Football. 3 October 2019. Dicapai pada 3 October 2019.
^"Việt Nam placed among weakest teams in SEA Games". Việt Nam News. Vietnam News Agency. 20 March 2019. Dicapai pada 23 March 2019.
^"Unhappy Vietnam file complaint after they are seeded in the lowest pot in 2019 Southeast Asian Games football". Fox Sports Asia. 20 April 2019. Dicapai pada 20 April 2019.
^"Vietnam's U22 football team elevated to higher pot of 30th SEA Games". VietnamPlus. Vietnam News Agency. 22 April 2019. Dicapai pada 23 April 2019.
^"Football: Stars of national squad eligible to join Southeast Asian Games". Nhan Dan. 19 March 2019. Dicapai pada 23 March 2019.
^Saldajeno, Ivan (24 November 2019). "SEA Games men's football opening night twinbill still at Rizal Memorial Stadium". Dugout Philippines. Dicapai pada 25 November 2019.
Pautan luar
Laman Sesawang Rasmi, Sukan Asia Tenggara 2019
Laman Sesawang Rasmi AFF, Sukan Asia Tenggara 2019