Mr Stalker Saya Cintakan Awaklah!
Mr Stalker Saya Cintakan Awaklah! adalah merupakan sebuah drama romantik komedi arahan Rusdi Ramli yang diadaptasi dari novel yang bertajuk sama karya Hannah Ezaty. Dibintangi oleh Mona Allen, Putra Amaris, Natasya Mahyan, Adiba Yunus, Khaty Azean dan ramai lagi. Drama ini telah disiarkan sebanyak 30 episod bermula pada 26 Mei 2017 setiap hari Isnin hingga Ahad pada jam 6 petang di HyppTV.
Mr Stalker Saya Cintakan Awaklah! | |
---|---|
Genre | Cinta Komedi Romantik |
Berdasarkan daripada | Mr Stalker Saya Cintakan Awaklah karya Hannah Ezaty |
Pencipta | Hannah Zety |
Pengarah | Rusdi Ramli |
Dibintangi oleh | Mona Allen Putra Amaris Natasya Mahyan Shahz Jaszle Adiba Yunus Khaty Azean Puteri Balqis Erry Putra Sabhi Saddi |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bilangan episod | 30 |
Penerbitan | |
Pemasangan kamera | Tetapan multi kamera |
Syarikat penerbitan | Khalida Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | HyppTV |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 26 Mei 2017 – 26 Jun 2017 |
Sinopsis
Kehidupan Nadine Tasyrif berubah sekelip mata, tunang dia curang, dia terlibat dalam kemalangan ngeri sehingga di tuduh pembunuh dan kariernya sebagai model menjadi hancur. Kemunculan Nilla si gadis garang membuat Zein Asyraff seorang jurugambar jatuh cinta. Namun Nilla seperti menyembunyikan sesuatu. Nilla tidak menduga takdirnya membawa kepada peristiwa yang dia cuba lupakan.
Pelakon
- Mona Allen sebagai Nadine Tasyrif / Nilla
- Putra Amaris sebagai Zein Asyraff
- Natasya Mahyan
- Shahz Jaszle
- Adiba Yunus
- Khaty Azean
- Puteri Balqis
- Erry Putra
- Sabhi Saddi