Mukim Sanglang, Perlis
Mukim Sanglang merupakan sebuah mukim di negeri Perlis.
Perlis dibahagikan kepada beberapa buah mukim dan setiap mukim dibahagikan kepada beberapa buah kampung dan pekan.[1]
Pentadbiran
Mukim Sanglang merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Perlis dan terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar. Mukim Sanglang mempunyai keluasan 61.22 kilometer persegi.[2]
Geografi
Mukim Sanglang terletak di bahagian selatan negeri Perlis bersempadan dengan mukim Kayang dan Utan Aji di utara, Kurung Anai dan Arau di timur laut, daerah Kubang Pasu, Kedah di tenggara dan Selat Melaka di barat daya. [2]
Demografi
Jumlah penduduk di Mukim Sanglang ialah 16,004 orang[3] menurut Bancian Malaysia 2010 dengan kepadatan penduduk 261 orang perkilometer persegi dan dikategorikan sebagai taburan penduduk padat[4]. Majoriti penduduk berbangsa Melayu iaitu seramai 14,818 orang[3][4]. Terdapat sebanyak 3,641 isi rumah dengan 4,011 tempat kediaman.[3]
Kategori | Kaum | Bilangan |
---|---|---|
Warganegara Malaysia | Melayu | 14,818 |
Bumiputera lain | 16 | |
Cina | 877 | |
India | 87 | |
Lain-lain | 13 | |
Bukan warganegara | - | 193 |
Kumpulan umur | Bilangan |
---|---|
70 tahun ke atas | 959 |
60-69 tahun | 1,173 |
50-59 tahun | 1,759 |
40-49 tahun | 1,902 |
30-39 tahun | 1,562 |
20-29 tahun | 2,398 |
10-19 tahun | 3,535 |
0-9 tahun | 2,716 |
Jantina | Bilangan |
---|---|
Lelaki | 7,885 |
Perempuan | 8,119 |
Rujukan
- ^ http://www.mygeoportal.gov.my/sites/default/files/dokumen_upi/KOD%20DAN%20NAMA%20SEMPADAN%20PENTADBIRAN%20TANAH_PERLIS.pdf
- ^ a b https://mygos.mygeoportal.gov.my/upi/
- ^ a b c https://www.mycensus.gov.my/index.php/ms/produk-banci/penerbitan/banci-2010/682-taburan-penduduk-mengikut-kawasan-pihak-berkuasa-tempatan-dan-mukim-2010
- ^ a b "Citypopulation - Sanglang, Malaysia". citypopulation.de (dalam bahasa Inggeris).