Prosciutto
Prosciutto (disebut [proʃˈʃutto,[1] terdekat pro.syut.to]) ialah sejenis daging awet kering tradisi Itali dari peha belakang babi yang lazimnya dihiris nipis dan dihidangkan tanpa perlu dimasak; daging jenis ini dikenali sebagai prosciutto crudo sebagai pembeza dengan ham yang dimasak yang juga diberi nama sebagai prosciutto cotto.
Etimologi
Perkataan prosciutto terbit dari bahasa Latin pro (sebelum) + exsuctus (partisipel lampau bagi exsugere "menyedut [kelembapan]"); presunto Portugis turut mempunyai etimologi yang sama. Turut dibandingkan ialah kata kerja Itali moden iaitu prosciugare "mengeringkan menyeluruh" (dari bahasa Latin pro + exsucare "mengekstrak jus daripadanya").[2]
Rujukan
Bacaan lanjut
- McGee, Harold. On Food and Cooking (revised). New York, New York: Scribner, 2004. ISBN 0-684-80001-2
Pautan luar
- Official Website (in English) of Prosciutto di Parma