Ronny Harun
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Ronny bin Harun | ||
Tarikh lahir | (1984-01-19) 19 Januari 1984 (umur 40) | ||
Tempat lahir | Sipitang, Sabah, Malaysia | ||
Ketinggian | 1.77 m (5 ka 9 11⁄16 in) | ||
Posisi permainan | Pertahanan | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Sarawak F.C. | ||
Nombor | 2 | ||
Kerjaya remaja | |||
2002 - 2004 | Sabah FA | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2003 - 2006 | Sabah FA | 25 | (1) |
2006 - 2009 | Kedah FA | 36 | (2) |
2010 - 2011 | Terengganu FA | 18 | (0) |
2011 - 2013 | Sabah FA | 19 | (2) |
2013 - | Sarawak F.C. | 43 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2003 - 2006 | Malaysia B-23 | 13 | (0) |
2005 - | Malaysia | 11 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 07 September 2016 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 07 September 2016 |
Ronny Harun (Jawi: روﻧﻲ هارون) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini beraksi bersama Terengganu FA di Liga Super Malaysia.
Karier
Ronny memulakan kerjaya bola sepaknya bersama Sabah. Dia merupakan antara tonggak yang membantu Sabah menjadi naib juara Piala Malaysia 2002 dan 2003.
Pada musim 2007/08, Ronny berhijrah ke Kedah di utara Semenanjung Malaysia. Meskipun bersama pasukan yang dianggap gergasi di Malaysia, kelibat Ronny di atas padang agak kurang berbanding ketika dia bersama Sabah. Ini mungkin disebabkan persaingan yang kuat daripada pemain pertahanan lain. Semasa di Kedah, dia telah membantu pasukan itu mengecap kejayaan tiga piala semusim pada tahun 2008: Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super Malaysia.
Ronny telah bermain untuk Terengganu FA sejak tahun 2010.
Pasukan kebangsaan
Bersama Malaysia, Ronny telah memenangi dua pingat gangsa pada Sukan Asia Tenggara 2003 dan 2005. Dia juga mewakili Malaysia ke Sukan Asia 2006 di Doha. Dia mendapat kaps pertamanya bersama pasukan utama kebangsaan ketika menentang Singapura pada 4 Jun, 2005.