Stadio Renato Dall'Ara
Stadio Renato Dall'Ara | |
---|---|
Nama lama | Stadio Littoriale (1927–1945) Stadio Comunale (1945–1983) |
Lokasi | Bologna, Itali |
Pecah tanah | 1925 |
Dibuka | 1927 |
Pemilik | Kawasan perbandaran Bologna |
Permukaan | Rumput 105x68m |
Kapasiti | 38,279 |
Penyewa | |
Stadio Renato Dall'Ara merupakan sebuah stadium pelbagai guna yang terletak di Bologna, Itali. Stadium ini kini banyak digunakan untuk perlawanan bola sepak dan merupakan gelanggang rumah bagi kelab Bologna F.C. 1909. Stadium ini dibina pada 1927 dan mempunyai kapasiti sebanyak 38,279. Sebelum itu, stadium ini diberi nama Stadio Littoriale bagi menggantikan Stadio Sterlino.[1]
Perlawanan antara England dan Belgium yang berkesudahan England menang 1-0pada 26 Jun 1990 pada pusingan 16 Piala Dunia 1990 merupakan perlawanan terakhir kejohanan Piala Dunia yang berlangsung di Bologna.[2] Stadium ini juga menyaksikan gol terpantas dijaringkan pada aksi kelayakan Piala Dunia 1994 yang dijaringkan oleh Davide Gualtieri dari San Marino dengan hanya mengambil masa 8.3 saat untuk meletakkan pasukannya di hadapan pasukan lawan, England. Perlawanan berkesudahan kemenangan berpihak kepada England 7–1.[3]
Stadium ini juga mengacarakan perlawanan antarabangsa ragbi.
Piala Dunia FIFA 1990
Stadium merupakan salah satu venue dipilih bagi mengacarakan Piala Dunia FIFA 1990 yang berlangsung di Itali dan berikut perlawanan-perlawanan yang berlangsung di stadium ini.
Tarikh | Pasukan #1 | Kep. | Pasukan #2 | Peringkat |
---|---|---|---|---|
9 Mei 1990 | Emiriah Arab Bersatu | 0–2 | Colombia | Kumpulan D |
14 Mei 1990 | Yugoslavia | 1–0 | Colombia | Kumpulan D |
19 Mei 1990 | Yugoslavia | 4–1 | Emiriah Arab Bersatu | Kumpulan D |
26 Mei 1990 | England | 1–0 (s.m.t.) | Belgium | Pusingan 16 |
Catatan
Pautan luar
- World Stadiums Article Diarkibkan 2013-01-21 di Wayback Machine
- Stadium Guide Article
- Stadium Journey Article Diarkibkan 2019-04-13 di Wayback Machine
Templat:Bologna F.C. 1909 Templat:Stadium Serie A Templat:Stadium Piala Duna FIFA 1990 Templat:Football in Italy
Koordinat: 44°29′32.33″N 11°18′34.80″E / 44.4923139°N 11.3096667°E / 44.4923139; 11.3096667