Sukan Olimpik Musim Panas 1896
Sukan Olimpik Musim Panas 1896 (Bahasa Inggeris: 1896 Summer Olympicscode: en is deprecated ; Yunani: Θερινοί Ολυμπιακοί Αγώνες 1896, rumi: Therinoí Olympiakoí Agónes 1896code: el is deprecated ) juga Sukan Olimpiad I atau Athens 1896 merupakan acara pelbagai sukan telah diadakan di Athens, Yunani. Sukan ini merupakan Sukan Olimpik moden pertama yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Sukan Olimpik 1896 diadakan dari 6 April hingga 15 April 1896.[4] Acara-acara yang diadakan termasuk olahraga, lumba basikal, lawan pedang, gimnastik, menembak, renang, tenis, angkat berat dan gusti.[5]
Acara sukan
Pada mulanya, lumba dayung dan kanu telah dijadualkan tetapi kedua-dua acara tersebut terpaksa dibatalkan disebabkan oleh cuaca yang buruk.[6]
- Olahraga (12) (butiran)
- Lumba basikal (butiran)
- Lebuh raya(1)
- Balapan (5)
- Lawan pedang (3) (butiran)
- Gimnastik (8) (butiran)
- Memanah (5) (butiran)
- Renang (4) (butiran)
- Tenis (2) (butiran)
- Angkat berat (2) (butiran)
- Gusti (1) (butiran)
Negara peserta
Pada masa itu, konsep negara peserta belum wujud, dan peserta dikira secara individu. Walu bagaimanapun, rekod kewarganegaraan peserta individu juga disimpan, dan berikut ialah negara-negara yang mempunyai perserta dalam Sukan Olimpik 1896:[7]
- Australia - Peserta dari Australia dicatatkan sebagai warga Australia meskipun negara tersebut masih merupakan jajahan United Kingdom pada ketika ini.
- Austria - Austria masih merupakan sebahagian daripada empayar Austria-Hungary.
- Bulgaria
- Chile
- Denmark
- Perancis
- Jerman
- Great Britain
- Yunani
- Hungary - Hungary masih sebahagian daripada Austria-Hungary
- Itali
- Sweden - Sweden masih dalam kesatuan politik bersama dengan Norway
- Switzerland
- Amerika Syarikat
Pungutan pingat
14 negara, termasuklah pasukan campuran yang terdiri daripada atlet dari beberapa negara yang berbeza, telah bertanding dalam temasya ini. Amerika Syarikat telah mendapat bilangan pingat yang terbanyak, diikuti dengan tuan rumah Yunani.[8]
Ked. | Negara | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Amerika Syarikat | 11 | 7 | 2 | 20 |
2 | Yunani | 10 | 17 | 19 | 46 |
3 | Jerman | 6 | 5 | 2 | 13 |
4 | Perancis | 5 | 4 | 2 | 11 |
5 | United Kingdom | 2 | 3 | 2 | 7 |
6 | Hungary | 2 | 1 | 3 | 6 |
7 | Austria | 2 | 1 | 2 | 5 |
8 | Australia | 2 | 0 | 0 | 2 |
9 | Denmark | 1 | 2 | 3 | 6 |
10 | Switzerland | 1 | 2 | 0 | 3 |
11 | Pasukan campuran | 1 | 1 | 1 | 3 |
Lihat juga
- Sukan Olimpik
- Sukan Olimpik yang pernah dianjurkan di Athens:
Rujukan
- ^ Angka yang diberikan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa berbeza-beza dari 10 hingga 15 buah negara; kerana kriteria yang membentuk pasukan negara tidak seberapa wujud pada ketika ini dan para peserta sama ada mewakili diri mahupun kelab mereka sendiri. Tambahan lagi, negara-negara peserta tidak begitu ditetpkan sejelas yang sedia ada pada zaman ini. The number of countries here reflects the number used by most modern sources. Lihat #Negara peserta untuk butiran lanjut mengenai perumusan bilangan negara ini.
- ^ Bilangan peserta menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Maklumat mengenai 179 orang peserta temasya dikenali dengan sebanyak 252 orang yang mengambil bahagian - 245 peserta menurut Mallon dan Widlund (lihat #Rujukan), 246 orang peserta menurut De Wael.
- ^ Yunani masih menggunakan takwim Julius ketika ini. According to that calendar, the Games were opened on 25 March and closed on 3 April.
- ^ History com Editors. "First modern Olympic Games". HISTORY (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-04-06.
- ^ "Athens 1896". International Olympic Committee. Dicapai pada 6 April 2021.
- ^ Coubertin–Philemon–Politis–Anninos (1897), 98–99, 108–109
- ^ Athens 1896 – Games of the I Olympiad, International Olympic Committee
- ^ "Athens 1896 Medal Table". Olympics.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-09-02.
Pautan luar
- De Wael, Herman. "Herman's Top Athina 1896 Olympians". Diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2007. Dicapai pada 3 Julai 2008.
Didahului oleh Tiada | Sukan Olimpik Musim Panas Athens I Olympiad (1896) | Diikuti oleh: Paris |